Abdullah bin Jusoh

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka, No.111 Jalan Butterworth, 08600 Tikam Batu, Kedah.

Pemilihan Ketua Komuniti di Kota Kuala Muda

Masyarakat Cina di pekan kecil Kota Kuala Muda menjadi komuniti terakhir di kawasan Sungai Petani melantik Ketua Kampung atau Komuniti. Pemilihan terpaksa diadakan melalui pengundian ala pilihanraya yang melibatkan kira-kira 300 anggota masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan tersebut. Bagi melicinkan perjalanan proses pemilihan di samping mengelak daripada timbul rasa tidak puas hati, pihak Pusat Khidmat ADUN Pantai Merdeka telah mengambil tanggungjawab mengendalikannya. Tindakan tersebut turut dipersetujui oleh calon-calon serta penyokong mereka.

Pihak Pusat Khidmat dengan persetujuan masyarakat setempat telah menggunakan buku daftar pemilih SPR yang digunakan dalam pilihanraya yang lalu untuk mengesahkan mereka yang layak membuat pemilihan. Selesai pemilihan dan keputusan diumumkan dan calon Ketua Komuniti Pekan Kota Kuala Muda pun disahkan. Dalam ucapan, semua pihak diharap dapat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Apa yang penting ialah semua pihak bertanggungjawab membantu kerajaan negeri membangunkan negeri Kedah khususnya di kawasan Kota Kuala Muda.  

sila layari : http://abdullahjusoh.blogspot.com

Jun 30, 2008 - DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | No Comments Yet

Tiada komen.

Tinggalkan komen