Abdullah bin Jusoh

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka, No.111 Jalan Butterworth, 08600 Tikam Batu, Kedah.

Lawatan ke Kg. KEDA

Satu perjumpaan bersama nelayan dan penduduk Kampung KEDA, Kuala Muda (berhampiran kawasan tsunami 2004) telah diadakan di dewan orang ramai kampung tersebut. Kehadiran penduduk dianggarkan seramai 100 orang. Beberapa persoalan dan cadangan telah dikemukakan untuk perhatian dan tindakan kerajaan negeri.
Antara yang ditimbulkan mengenai kawasan tambatan banjir yang dijanjikan peruntukannya oleh kerajaan pusat selepas kampung tersebut dilanda tsunami lewat tahun 2004 yang lalu. Selain itu turut dibangkitkan mengenai penempatan semula penduduk, lesen bot untuk menangkap ikan dan lesen sangkar ikan.
Mengenai lesen sangkar ikan, kerajaan negeri memberi sokongan penuh dan bersedia memberi lesen bagi mereka yang berkelayakan. Perkembangan terbaru, kerajaan negeri telah menerima pelaburan dari sebuah syarikat Korea untuk menternak ikan patin. Projek dijangka beroperasi di Tasik Pedu. Syarikat tersebut akan menjadi pembekal ikan-ikan patin untuk dieksport ke seluruh Amerika Syarikat. Adalah dijangkakan ikan patin akan menjadi identiti baru bagi negeri Kedah.
Antara permasalahan yang dibangkitkan ialah masalah tertunggak yang gagal ditangani oleh wakil rakyat serta kerajaan negeri yang lalu seperti masalah kawasan tambatan banjir.
Penduduk kampung turut membangkitkan masalah dadah yang belum berkesudahan di kawasan tersebut. Pernah seorang datuk bersama cucunya datang mendapatkan dadah di situ. Datuk itu menyuruh cucunya pergi membeli sementara dia menunggu di luar.Menurut penduduk kampung orang-orang dari luar yang datang mendapatkan dadah di situ.
Berdasarkan pemerhatian didapati semua kawasan penempatan nelayan mempunyai masalah yang sama.
      
 
   

Jun 21, 2008 - DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | 2 komen

2 komen »

  1. salam,
    assalamualaiku..
    tahniah kepada cg johari..
    terkenang saya ketika saya merayu undi di depan sekolah..
    walaupun belum tiba masanya lagi untuk saya merayu undi,saya rasa berpuas hati dengan kemengan yang kita perolehi.. ape²pun kemenangan tersebut hak milik Ilahi..
    kita kena gunakan dengan sebaiknya sementara kita masih diberi peluang untuk memerintah..

    Komen oleh brohamzah(students smka baling) | Jun 29, 2008 | Balas

  2. Terima kasih broHamzah. Tapi harap maklum, ini blog Cikgu Lah. ADUN Pantai Merdeka.

    Komen oleh abdullahjusoh | Jun 29, 2008 | Balas


Tinggalkan komen