Pemilihan Ketua Komuniti di Kota Kuala Muda
Masyarakat Cina di pekan kecil Kota Kuala Muda menjadi komuniti terakhir di kawasan Sungai Petani melantik Ketua Kampung atau Komuniti. Pemilihan terpaksa diadakan melalui pengundian ala pilihanraya yang melibatkan kira-kira 300 anggota masyarakat yang tinggal di sekitar kawasan tersebut. Bagi melicinkan perjalanan proses pemilihan di samping mengelak daripada timbul rasa tidak puas hati, pihak Pusat Khidmat ADUN Pantai Merdeka telah mengambil tanggungjawab mengendalikannya. Tindakan tersebut turut dipersetujui oleh calon-calon serta penyokong mereka.
Pihak Pusat Khidmat dengan persetujuan masyarakat setempat telah menggunakan buku daftar pemilih SPR yang digunakan dalam pilihanraya yang lalu untuk mengesahkan mereka yang layak membuat pemilihan. Selesai pemilihan dan keputusan diumumkan dan calon Ketua Komuniti Pekan Kota Kuala Muda pun disahkan. Dalam ucapan, semua pihak diharap dapat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Apa yang penting ialah semua pihak bertanggungjawab membantu kerajaan negeri membangunkan negeri Kedah khususnya di kawasan Kota Kuala Muda.
sila layari : http://abdullahjusoh.blogspot.com
Lawatan ke Kg. KEDA
Tabung Yayasan Pelajar
Satu tabung akan ditubuhkan untuk menyalurkan bantuan kepada para pelajar dengan lebih sistematik. Maktab Mahmud merupakan sekolah yang terbaik dan lengkap dengan pelbagai kemudahan pembelajaran berbanding dengan sekolah swasta atau sekolah agama rakyat.
Sehubungan itu masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah-sekolah agama rakyat akan dikaji dan akan diberi bantuan yang munasabah mengikut keperluan. Ini kerana selama ini sekolah-sekolah tersebut hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai serta wakaf individu yang dermawan.
Melalui perancangan kerajaan negeri pada tahun hadapan, sejumlah peruntukan akan disediakan untuk membantu sekolah-sekolah ini bagi mengatasi masalah yang mereka hadapi. Termasuk bangunan dan kemudahan pelajaran yang lebih selesa.
Terdapat 12 sekolah agama rakyat di negeri Kedah yang beroperasi secara bersendirian. Sebelum ini sekolah-sekolah seumpama ini telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan dikenali sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Oleh itu bidang kuasa kerajaan negeri terhadap sekolah-sekolah tersebut adalah terbatas.
Adalah sangat wajar untuk memberikan perhatian kepada perkembangan sekolah-sekolah agama memandangkan penekanan kepada sistem agama di sekolah-sekolah tersebut boleh mengelakkan atau mengurangkan gejala sosial di kalangan pelajar dan generasi muda.
Atur cara lawatan kerja ke Mesir
ATUR CARA LAWATAN KERJA YAB. MENTERI BESAR KEDAH
KE MESIR / MADINAH / IBADAH UMRAH
PADA 27 MEI 2008 – 6 JUN 2008
HARI PERTAMA (SELASA / 27 MEI 2008)
* Berlepas ke Singapura
HARI KEDUA (RABU/ 28 MEI 2008)
* Berlepas ke Cairo
* Kunjung Hormat Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia di Mesir
* Lawatan ke Bangunan Baru dan Asrama Pelajar
HARI KETIGA (KHAMIS/ 29 MEI 2008)
* Kunjung Hormat Rektor Universiti Al-Azhar
* Bertolak ke Haiyu Sabeik
* Majlis Perasmian Bangunan Asrama Baru Kedah
dan Majlis Ramah Mesta Bersama Anak Kedah
HARI KEEMPAT (JUMAAT/ 30 MEI 2008)
* Berlepas ke Madinah
* Ziarah Masjid Nabawi, Makam Rasulullah, Perkuburan Baqi’
HARI KELIMA (SABTU/ 31 MEI 2008)
* Lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal
Uhud, Kubur Saidina Hamzah, Masjid Jumaat, Pasar Kurma.
HARI KEENAM (AHAD/ 1 JUN 2008)
* Madinah – Makkah
* Ziarah Wida’ di Masjid Nabawi, Berihram dan
Niat Umrah di Bir Ali, dan Ibadat Umrah
HARI KETUJUH (ISNIN/ 2 JUN 2008)
* Ziarah ke Jabal Thur, Padang Arafah, Masjid An-Namirah,
Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina, Jumrah, Ja’aranah.
HARI KELAPAN (SELASA/ 3 JUN 2008)
* Umrah di Makkah
HARI KESEMBILAN (RABU/ 4 JUN 2008)
* Umrah di Makkah
HARI KESEPULUH (KHAMIS/ 5 JUN 2008)
* Bertolak ke Singapura
HARI KESEBELAS (JUMAAT/ 6 JUN 2008)
* Tiba di Singapura
* Bertolak ke LTA Bayan Lepas
* Tiba di LTA Bayan Lepas, Pulau Pinang
sumber: http://kedahlanie.blogspot.com





