Abdullah bin Jusoh

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka, No.111 Jalan Butterworth, 08600 Tikam Batu, Kedah.

Terima kasih

Terima kasih di atas komen para pembaca. Sememangnya menjadi harapan kami sebagai wakil yang dipilih rakyat untuk mempelbagaikan pendekatan interaksi dengan rakyat. Rakyat turut berpeluang menyuarakan kehendak dan keperluan mereka melalui ruang yang disediakan ini. Tuan-tuan dan puan-puan diharap dapat menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin. Selain itu tuan-tuan dan puan-puan juga boleh melayari http://abdullahjusoh.blogspot.com.

Kepada saudara Salim yang mengharapkan perhatian diberi kepada masalah penagihan dadah di kawasan Pantai Merdeka, insya Allah akan cuba ditangani sebaiknya.

Petang ini, 27/05/2008, saya akan berangkat ke Mesir dalam rombongan bersama YAB Menteri Besar. Rombongan dijangka pulang ke tanah air pada 06/06/2008. Seperti biasa sepanjang ketiadaan, urusan DUN akan pantau oleh petugas-petugas di Pusat Khidmat Wakil Rakyat No. 111, Jalan Butterworth, 08600, Tikam Batu, Kedah. Sebarang masalah silalah rujuk di sana.

Mei 27, 2008 DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | 1 Komen

Pelancaran Broadband di Kulim Hi Tech

Hari ini hadir sebagai wakil YAB Menteri Besar Kedah untuk perasmian dan pelancaran TM Broadband yang diadakan di Kulim Hi Tech Park (KHTP) Business Centre. Difahamkan selepas pelancaran itu nanti penggunaan broadband akan turut meliputi kawasan-kawasan sekitar pekan Kulim, Lunas dan Padang Serai selain kawasan Kulim Hi Tech Park sendiri.

   

  

   Kerajaan negeri sememangnya  menggalakkan penglibatan pihak TM dalam usaha membangunkan perkhidmatan IT bagi kemudahan rakyat Kedah khususnya.

Adalah diharapkan penggunaan teknologi jalur lebar ini dapat diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri, termasuk kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman. Ini bagi membolehkan seluruh rakyat dapat mengambil kesempatan dari kepesatan perkembangan teknologi maklumat untuk mengakses sebarang maklumat yang diingini secepat mungkin. Di samping itu, ia juga membantu mengimbangi maklumat yang selama ini hanya diperolehi dari media-media perdana.

Perkembangan terkini menunjukkan kepentingan pengetahuan dan penggunaan IT membolehkan mereka yang menguasainya tidak lagi terikat dengan sumber maklumat yang terhad.

Justeru kerajaan negeri sangat berbesar hati untuk memberi kerjasama di atas usaha TM ini memandangkan kebaikan yang bakal dibawanya ke arah menjadikan rakyat Kedah sebagai rakyat yang bermaklumat.

Tidak ketinggalan menyentuh risiko kecurian kabel, usaha perlu dilakukan agar masalah yang turut membebani pengguna juga dapat di atasi sepenuhnya.

sila lawat http://abdullahjusoh.blogspot.com

Mei 27, 2008 DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | No Comments Yet

Taklimat Pemilihan Ketua Kampung

PAS Kawasan Sungai Petani telah selesai mengadakan taklimat mengenai pemilihan Ketua Kampung yang akan mula berkuatkuasa mulai Julai ini. Taklimat tersebut yang diadakan pada 22hb. Mei bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka telah disampaikan oleh Setiusaha PAS Kawasan Sungai Petani, Saudara Rosli bin Darus. Dalam taklimat tersebut dinyatakan kriteria-kriteria yang perlu diberi perhatian ketika pencalonan dibuat.

PAS cawangan-cawangan diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih sesiapa sahaja yang dikira layak untuk memenuhi jawatan tersebut. Setiap pencalonan akan dikemukakan kepada PAS kawasan untuk tapisan.

Sepanjang taklimat diadakan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Para wakil mengambil sikap positif dengan tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menghangatkan suasana.

Agak mengejutkan apabila majlis yang melibatkan Ketua dan Setiausaha cawangan telah mencatatkan kehadiran diluar dugaan. Setiausaha mengumumkan kehadiran wakil dari 50 cawangan dalam kawasan Sungai Petani.

Kepada yang terpilih, ingatlah…………. ini AMANAH bukannya HABUAN.

sila layari http://abdullahjusoh.blogspot.com

Mei 24, 2008 DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | No Comments Yet

Turun Padang

pendudukpenduduk

Program terbaru pada 23hb. Mei 2008, menziarahi kawasan sekitar Kampung Berapit. Antaranya menziarahi warga tua dan penduduk yang keuzuran. Tidak ketinggalan juga program ramah mesra dengan penduduk setempat di Dewan Orang Ramai Kampung Berapit. Dalam program tersebut diadakan acara penyerahan jersi pasukan bolasepak belia kampung tersebut.

 

 

penduduk             

penduduk

penduduk

tanya khabar

tanya khabar

berucap

serah jersi

terima jersi

penduduk

tanya khabar

Sekadar melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Dengan harapan semoga ada perubahan.

layari juga http://abdullahjusoh.blogspot.com

 

Mei 24, 2008 DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | No Comments Yet

Papan Tanda

Papan tanda

Papan tanda di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka. Memberi khidmat untuk semua. Tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. Sesuai dengan motto kerajaan negeri ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

layari juga, http://abdullahjusoh.blogspot.com

Mei 24, 2008 DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | 1 Komen