Abdullah bin Jusoh

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka, No.111 Jalan Butterworth, 08600 Tikam Batu, Kedah.

Mesyuarat Agung

PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-34 baru-baru ini. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Menteri Besar Kedah. Kehadiran perwakilan dari cawangan-cawangan sangat memberangsangkan, cetusan dari ledakan perubahan yang berlaku dalam pilihanraya yang baru berlalu.

AJK bergambar bersama YAB MB

Seperti yang termaklum, PAS Sungai Petani telah mencatat sejarah menawan kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka buat pertama kali sejak negara merdeka. Selain itu, hasil kerjasama dengan PKR, telah berjaya menumbangkan penguasaan BN di kawasan Parlimen Sungai Petani serta DUN Sidam dan DUN Bakar Arang. 

Kehadiran YAB MB turut membakar semangat dan menarik minat perwakilan serta pemerhati dan jemputan yang hadir bagi mendengar sendiri berita-berita terkini khususnya berkaitan corak pentadbiran di bawah kerajaan baru yang didokong bersama oleh PAS dan PKR.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para perwakilan yang telah menjayakan mesyuarat agung kali ini. Sejuta penghargaan di atas segala usul yang dikemukakan serta sumbangan idea yang pastinya ingin melihat kejayaan PAS pada masa-masa hadapan.

                                menjamu selera

April 30, 2008 - DIkirim oleh abdullahjusoh | Uncategorized | | 2 komen

2 komen »

  1. Assalamu’alaikum wr wb

    Harap layari Parliament News.

    Juga, ada latest updates dari blog MP dan Adun PAS yg saya jumpa dia punya feed dan boleh

    dibaca oleh Google Reader dalam blog

    saya (di sidebar paling kanan bawah iklan). Yg saya tak jumpa dia punya feed yg boleh

    dibaca oleh Google Reader, tak upaya la…

    Tapi tak payah pautkan (link) blog saya di blog anda sebab blog saya blog beracun.

    Blog saya yg mungkin tidak beracun (mungkin) ialah Malaysiakita yg mengandungi updates

    terkini dari blog-blog lain.

    Wassalam.

    Komen oleh bakaq a.k.a. ~penarik beca | Mei 10, 2008 | Balas

  2. assalamualaikum.
    Saya cadangkan kepada Pas Kaw. supaya adakan laman web PAS kaw. bagi memudahkan kami ahli2 tahu mengenai perjalanan PASdisamping itu mungkin ada ahli yg ingin beri cadangan bagi sama-sama mantapkan PAS dan kerajaan kekal dibawah BR.

    Komen oleh web | Jun 30, 2008 | Balas


Tinggalkan komen