Mesyuarat Agung
PAS Kawasan Sungai Petani telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-34 baru-baru ini. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Menteri Besar Kedah. Kehadiran perwakilan dari cawangan-cawangan sangat memberangsangkan, cetusan dari ledakan perubahan yang berlaku dalam pilihanraya yang baru berlalu.
Seperti yang termaklum, PAS Sungai Petani telah mencatat sejarah menawan kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Merdeka buat pertama kali sejak negara merdeka. Selain itu, hasil kerjasama dengan PKR, telah berjaya menumbangkan penguasaan BN di kawasan Parlimen Sungai Petani serta DUN Sidam dan DUN Bakar Arang.
Kehadiran YAB MB turut membakar semangat dan menarik minat perwakilan serta pemerhati dan jemputan yang hadir bagi mendengar sendiri berita-berita terkini khususnya berkaitan corak pentadbiran di bawah kerajaan baru yang didokong bersama oleh PAS dan PKR.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para perwakilan yang telah menjayakan mesyuarat agung kali ini. Sejuta penghargaan di atas segala usul yang dikemukakan serta sumbangan idea yang pastinya ingin melihat kejayaan PAS pada masa-masa hadapan.
Lawatan 25/4/08
Setiba di masjid Permatang Tengah sudah melewati waktu Zohor. Pihak jawatankuasa masjid masih memberi ruang untuk menyampaikan sedikit ucapan. Kesempatan diambil untuk mengingatkan tanggungjawab manusia terhadap penciptanya dalam menunaikan janji-janji seperti yang sentiasa diucapkan dalam doa iftitah. Seperti janji yang disebut ’sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam’ dalam solat, maka itu juga yang dituntut di luar solat. Selesai berucap, azan dikumandang. Seusai solat, dijemput ke rumah seorang sahabat untuk jamuan makan. Selesai makan dan beramah mesra, diajak untuk menziarahi seorang warga emas yang sedang uzur. Tidak lama di situ, bergerak menuju ke Pejabat PAS Kawasan. Ada upacara menyembelih kambing untuk akikah. Selesai menyaksikan kambing disembelih, berangkat pulang.
Malam ini ada usrah di kediaman rasmi Menteri Besar.
Jiran meninggal dunia.
Seperti biasa pada setiap hari Jumaat adalah hari untuk turun melawat kawasan yang diwakili. Hari ini masjid qaryah Permatang Tengah menjadi tempat tujuan. Namun , sebelum kaki melangkah masuk ke kereta, dikejutkan dengan berita seorang jiran yang khabarnya sedang nazak. Setibanya di rumah jiran tersebut, beliau terlebih dahulu telah dipanggil Allah meninggalkan alam fana ini. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiu’n. Hanya seketika di disitu memandangkan program lawatan perlu diteruskan, jenazah ditinggalkan dengan harapan teman-teman yang ada akan menguruskan dengan sebaik mungkin. Berita diterima jenazah di bawa pulang ke kampung halaman di Kubor Panjang, Pendang. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Hello world!
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

